Naitullah Trading merupakan sebuah syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang kejuruteraan awam, pembinaan bangunan, kerja-kerja sivil, pembekalan dan perkhidmatan yang giat beroperasi di Sabah. Perkembangan ekonomi yang mula pesat di Malaysia, di Sabah khususnya kini memberi banyak peluang kepada syarikat kami untuk terus maju dan merebut peluang perniagaan dan menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dengan syarikat-syarikat yang lain. Sehingga ke hari ini, Naitullah Trading telah berkecimpung dalam bidang kejuruteraan awam, pembinaan bangunan, kerja-kerja sivil, pembekalan dan perkhidmatan selama 33 tahun.